Tuesday, August 26, 2014

Sardine Roll, faveret waktu petang!

Assalamualaikum dan; selamat petang guys!
Petang2 ni rasa lapar la pulak, nak keluar beli makanan malas, nak masak pulak kalau boleh nak yang simple2 je, yang senang dan cepat! Ha ah mmg aku cuma suka masak benda yang senang dan cepat je! haha!


Aku g dapo tgk ape yg ada, terpandang 1 tin sardin dekat dalam almari dapo tu...kebetulan roti pon ada, so, yahhhh kita buatlah sardine roll!

Bahan-bahan:
Sardin 1 tin
Roti 1 buku
Bawang besar 1 biji
Cili 1 tangkai
Limau nipis 1/2 bj
Kicap 4 sudu besar 


Korang nak gunakan sardine jenis ape pon terpulanglah pada selera masing2, kalau aku mmg suka 2 jenama je, Ayam Brand dengan King Cup. Kalau nk makan dengan nasik mmg beli Ayam Brand sebab ikan dia besar (tapi kuah dia tak banyak sangat), King Cup pulak aku cuma suka untuk buat sandwich atau sardine roll. King Cup punya ikan kecik sikit, kuah banyak dari Ayam Brand, tapi yg penting sedap la jugak.


Resepi masak sardin aku ni tak pedas, kalau korang suka pedas, letak la cili api sikit. Limau nipis tu aku guna untuk hilangkan bau dan rasa hanyir ikan sardin. kalau xde limau nipis, guna la limau kasturi sebijik, ok jugak. Kicap tu pulak penambah rasa. Bagi aku mmg ada beza sgt kalau tak letak kicap. Bila letak kicap ni rasa dia lebih kick la! hehe (kicap pulak aku suka kicap jenama Mudim, selalu beli stock kat Aloq Staq, kalau kat KL tak pernah jumpa)
Inilah bahan2 yang aku gunakan untuk masak sardin. Telur je xde dalam pic
 Cara-cara masak sardin:
1. Asingkan isi sardin dengan kuahnya
2. Perah limau nipis ke dalam kuah sardin tu
3. Bila kuali dah panas, gorengkan ikan sardin, minyak jgn banyak sangat
4. Bila ikan sardin tu dah selesai goreng, tak perlu angkat, terus masukkan kuah sardin ke dalam kuali
5. Masukkan cili, bawang besar yg dicincang, dan kicap
6. Lepas 5 minit tutup api dan hancurkan ikan dan gaul rata bersama kuah

Memang aku suka masak dulu sardin macam tu sebelum jadikan sandwich atau pun sardin roll. bila da selesai masak boleh la gulung dalam roti.
da siap gulung sardin dalam roti, tinggal nak celup dalam telur and goreng :)
Cara-cara jadikan sardin roll:
1. Canai roti tu guna gelas atau tekan je dengan tangan supaya jadi leper, senang nak gulung
2. Letak sardine yg dah masak tadi atas roti dan gulung
3. Celup dalam telur dan gorengkan
biasanya mmg aku guna kuali besar & goreng tiga3 je sbb xnk letak minyak/planta lebih
Dah siapppp, mmg senang dan yg pasti sodappp :)

p/s: Masa yg diambil cuma 30 minit sahaja
Kale mcm tu bukan hangit, garing je hehe
Selamat mencuba u olss :)


No comments:

Post a Comment