Sunday, September 21, 2014

Salad Brokoli Goreng VS Sotong Potato Goreng

Assalamualaikum :)

weekend ni apa plan korang? aku rasa macam malas nk keluar. rasa nk dok rmh je, rilek2 masak2 makan2 hehe

tuk menu makan tengah hari, aku rasa macam nak masak sotong. and of coz kene ada sayur. part pilih sayur, mesti dalam kepala hotak dah terbayang brokoli. tuk variety ingat nak tambah salad. tak pernah2 org goreng salad kan, tapi aku rasa nak buat kali ni haha

Bahan-bahan tuk Sotong Potato Goreng:
Sotong 10 ekor potong kecik-kecik
Ubi kentang 2 bijik potong panjang-panjang
Cili merah 1 tangkai hiris kecik
Bawang besar 1 bijik mayang
Bawang putih 3 ulas cincang
Garam secukup rasa

Cara-cara masak Sotong Potato Goreng:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih
2. Bila bawang dah wangi, masukkan ubi kentang, kalau nk cepat lembut; tutup kuali tu dalam 2 minit. Api tu sedang je, jgn kuat sangat
3. Bila ubi tu dah lembut masukkan sotong dan garam. gaul rata, jgn masak lama sgt nanti die liat. dalam 2,3 minit tu ok la. Kalau tak confident, amik 1 rasa hehe
4. Last skali masukkan cili, gaul rata dan dah bole makan

sedap gak aku masak haha

Bahan-bahan tuk Salad Brokoli Goreng:

Salad 1 pack potong ikut suka
Brokoli 1 labu potong ikut suka jugak
Bawang besar 1 biji mayang
Cili merah 1 tangkai hiris
Garam secukup rasa
Blackpepper agak2 sendiri
Air 1/2 cawan

Cara-cara masak Salad Brokoli Goreng:

1. Rebus/celur Brokoli kejap dalam 30 saat, letak tepi
2. Tumis bawang besar
3. Masukkan salad, tambah air, kacau
4. Masukkan brokoli yg dah celur tadi
5. Letak garam dan blackpepper
6. Last skali masukkan cili, gaul rata, dan hidang

 


brokoli dan salad, forever fave!
jom makan :)

2 comments:

  1. ngam dengan taste saya! simple senang yet sedap! hehe

    btw saya di tag oleh kwn saya utk liebster award, kena tag 11 blog lain. saya tag adlina dekat entry saya. nti lina jwb 11 soalan tu boleh? :)


    salam kenal! :)

    http://sweettyra.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hai tiera selamat bkenalan hehe.. sy da jwb soalan tu kat entry awk tau hehe

    ReplyDelete