Wednesday, September 3, 2014

Oldskool Breakfast; Ubi Kayu Rebus!

Assalamualaikum sume :)

Just nak share pasal breaskfast aku hari ni hehe

Semalam time shopping groceries, ternampak ubi kayu, and terus rasa nak makan. Maka aku pon beli, sampai rmh dalam pukul 11 malam, terus kupas kulit dan rebus. bukan apa, kalau esk pagi terbangun lambat ke kan, tak de la kempunan nak makan pg esk. dalam kepala pon da plan nak bawak bekal.

nak dijadikan cerita mmg aku terbangun lambat pon. selalu keluar g opis pkl 7.30, tp pagi ni aku terbangun pkl 7.30! nasib baik smlmnye dah masak, so pg ni dpt la bawak bekal. sibuk2 pack, baru teringat kelapa dalam freezer, beku! dah tu makan je la ngan brown sugar. sedap jugak. yg penting dapat makan, hehe

bg yg tak pernah makan ubi kayu rebus ni, aku sangat sarankan korang try. sedap weiii

nak masak pon senang. paling best makan time petang2 sebenarnya. dok depan rumah, kena angin sepoi2 fuuhhh nyaman...

Bahan-bahan:
Ubi kayu
Air
Garam
inilah ubi kayu yg sudah siap dikupas kulitnya. aku beli banyak ni kat NSK Wangsa Maju, RM1.99 je hehe
Cara-cara:
Rebus sehingga empuk, bila dah lembut barulah letak garam. Ye la nama pon ubi kayu, mmg keras macam kayu. time rebus tu kalau keras, kita letak garam pon die xkan serap. bila da lembut, kita letak garam, barulah die serap dan rasa sedap.

p/s: jangan lupa tutup periuk semasa merebus, kang tak masak2 la ubi korang hehe
letak air sampai tutup sume ubi tu. make sure dah lembut baru masukkan garam. Cara nak tau dah lembut? hah cucuk je dgn garpu okehhh
Cara hidangan:
1. Makan dengan kelapa putih yg digaul dengan garam/gula
2. Makan dengan gula pasir
3. Makan dengan brown sugar
siap masak, aku letak dalam bekas ni and bwk g opis, heaven gile rasanyeeeee
Paling oldskul; kalau kita makan dengan kelapa dan garam laa

Sesuai dimakan bila2 masa, breakfast bole, makan petang bole, buat dessert pon bole la bg aku hehe. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment