Thursday, September 11, 2014

Brokoli Kacang Telur Masin!

Assalamualaikum guys!


apa menu korang tuk dinner hari ni? aku bila keje da siap, pastu dok diam tunggu pkl 6 tuk balik rumah ni mula la asik teringat makanan. pikir punya pikir, google punye google tuk cari idea lauk malam ni, tetiba teringat restoran shahrin low yg femes dgn sotong/udang goreng telur masin! disebabkan aku tak berapa suka udang, aku pikir nak gantikan udang dengan sayur kegemaran aku; brokoli. mebi macam pelik je, tp lantak la, nak try jugak haha

Bahan-bahan:

1. Brokoli 1bijik (rebus asing. kejap je rebus tu, dalam seminit)
2. Telur masin yg dah rebus 2 bijik
3. Kacang panjang 1/2 ikat
4. Bawang besar 1 bijik
5. Bawang putih 3 ulas cincang
6. Cili api 7 tangkai
7. Daun kari 1 tangkai (tuk kasi wangi la konon)
8. Black pepper kasar sikit
9. Planta / Minyak masak


ni la bahan-bahan yang diperlukan. sumenye simple, dan murah hehe

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih
2. Masukkan kacang panjang
3. Bila kacang panjang dah masak, masukkan cili api, black pepper, dan daun kari tu, kacau rata
4. Masukkan telur masin yg dah di cincang, amik yg kale kuning tu je tau
5. Masukkan brokoli yg kita dah rebus asing. kacau rata dan dah bole makan


cincang bahagian kuning telur masin sahaja. yang putih tu kasi la sesapa yg nak makan


rupanya selepas masak. inilah resepi suka hati aku haha
Feedback dari family aku:

1. Abah - makan dan diam (diam tu tanda suka kan)
2. Mama - "macam tak sesuai je brokoli campo telur masin" (yela mak aku kan master chef haha)
3. Adik, Nurul - "kenapa macam rasa telur masin dalam brokoli ni?" (soalan dia ni macam mintak penampo)
4. Adik, Ana - "boleh makan ni, boleh makan" (ni ayat perli ke ape pon xtau la, tp dia makan byk jugak)

Aku pulak makan, dan aku rasa sedap je, hahahaha

No comments:

Post a Comment