Sunday, September 21, 2014

Salad Brokoli Goreng VS Sotong Potato Goreng

Assalamualaikum :)

weekend ni apa plan korang? aku rasa macam malas nk keluar. rasa nk dok rmh je, rilek2 masak2 makan2 hehe

tuk menu makan tengah hari, aku rasa macam nak masak sotong. and of coz kene ada sayur. part pilih sayur, mesti dalam kepala hotak dah terbayang brokoli. tuk variety ingat nak tambah salad. tak pernah2 org goreng salad kan, tapi aku rasa nak buat kali ni haha

Bahan-bahan tuk Sotong Potato Goreng:
Sotong 10 ekor potong kecik-kecik
Ubi kentang 2 bijik potong panjang-panjang
Cili merah 1 tangkai hiris kecik
Bawang besar 1 bijik mayang
Bawang putih 3 ulas cincang
Garam secukup rasa

Cara-cara masak Sotong Potato Goreng:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih
2. Bila bawang dah wangi, masukkan ubi kentang, kalau nk cepat lembut; tutup kuali tu dalam 2 minit. Api tu sedang je, jgn kuat sangat
3. Bila ubi tu dah lembut masukkan sotong dan garam. gaul rata, jgn masak lama sgt nanti die liat. dalam 2,3 minit tu ok la. Kalau tak confident, amik 1 rasa hehe
4. Last skali masukkan cili, gaul rata dan dah bole makan

sedap gak aku masak haha

Bahan-bahan tuk Salad Brokoli Goreng:

Salad 1 pack potong ikut suka
Brokoli 1 labu potong ikut suka jugak
Bawang besar 1 biji mayang
Cili merah 1 tangkai hiris
Garam secukup rasa
Blackpepper agak2 sendiri
Air 1/2 cawan

Cara-cara masak Salad Brokoli Goreng:

1. Rebus/celur Brokoli kejap dalam 30 saat, letak tepi
2. Tumis bawang besar
3. Masukkan salad, tambah air, kacau
4. Masukkan brokoli yg dah celur tadi
5. Letak garam dan blackpepper
6. Last skali masukkan cili, gaul rata, dan hidang

 


brokoli dan salad, forever fave!
jom makan :)

Thursday, September 11, 2014

Brokoli Kacang Telur Masin!

Assalamualaikum guys!


apa menu korang tuk dinner hari ni? aku bila keje da siap, pastu dok diam tunggu pkl 6 tuk balik rumah ni mula la asik teringat makanan. pikir punya pikir, google punye google tuk cari idea lauk malam ni, tetiba teringat restoran shahrin low yg femes dgn sotong/udang goreng telur masin! disebabkan aku tak berapa suka udang, aku pikir nak gantikan udang dengan sayur kegemaran aku; brokoli. mebi macam pelik je, tp lantak la, nak try jugak haha

Bahan-bahan:

1. Brokoli 1bijik (rebus asing. kejap je rebus tu, dalam seminit)
2. Telur masin yg dah rebus 2 bijik
3. Kacang panjang 1/2 ikat
4. Bawang besar 1 bijik
5. Bawang putih 3 ulas cincang
6. Cili api 7 tangkai
7. Daun kari 1 tangkai (tuk kasi wangi la konon)
8. Black pepper kasar sikit
9. Planta / Minyak masak


ni la bahan-bahan yang diperlukan. sumenye simple, dan murah hehe

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih
2. Masukkan kacang panjang
3. Bila kacang panjang dah masak, masukkan cili api, black pepper, dan daun kari tu, kacau rata
4. Masukkan telur masin yg dah di cincang, amik yg kale kuning tu je tau
5. Masukkan brokoli yg kita dah rebus asing. kacau rata dan dah bole makan


cincang bahagian kuning telur masin sahaja. yang putih tu kasi la sesapa yg nak makan


rupanya selepas masak. inilah resepi suka hati aku haha
Feedback dari family aku:

1. Abah - makan dan diam (diam tu tanda suka kan)
2. Mama - "macam tak sesuai je brokoli campo telur masin" (yela mak aku kan master chef haha)
3. Adik, Nurul - "kenapa macam rasa telur masin dalam brokoli ni?" (soalan dia ni macam mintak penampo)
4. Adik, Ana - "boleh makan ni, boleh makan" (ni ayat perli ke ape pon xtau la, tp dia makan byk jugak)

Aku pulak makan, dan aku rasa sedap je, hahahaha

Wednesday, September 3, 2014

Oldskool Breakfast; Ubi Kayu Rebus!

Assalamualaikum sume :)

Just nak share pasal breaskfast aku hari ni hehe

Semalam time shopping groceries, ternampak ubi kayu, and terus rasa nak makan. Maka aku pon beli, sampai rmh dalam pukul 11 malam, terus kupas kulit dan rebus. bukan apa, kalau esk pagi terbangun lambat ke kan, tak de la kempunan nak makan pg esk. dalam kepala pon da plan nak bawak bekal.

nak dijadikan cerita mmg aku terbangun lambat pon. selalu keluar g opis pkl 7.30, tp pagi ni aku terbangun pkl 7.30! nasib baik smlmnye dah masak, so pg ni dpt la bawak bekal. sibuk2 pack, baru teringat kelapa dalam freezer, beku! dah tu makan je la ngan brown sugar. sedap jugak. yg penting dapat makan, hehe

bg yg tak pernah makan ubi kayu rebus ni, aku sangat sarankan korang try. sedap weiii

nak masak pon senang. paling best makan time petang2 sebenarnya. dok depan rumah, kena angin sepoi2 fuuhhh nyaman...

Bahan-bahan:
Ubi kayu
Air
Garam
inilah ubi kayu yg sudah siap dikupas kulitnya. aku beli banyak ni kat NSK Wangsa Maju, RM1.99 je hehe
Cara-cara:
Rebus sehingga empuk, bila dah lembut barulah letak garam. Ye la nama pon ubi kayu, mmg keras macam kayu. time rebus tu kalau keras, kita letak garam pon die xkan serap. bila da lembut, kita letak garam, barulah die serap dan rasa sedap.

p/s: jangan lupa tutup periuk semasa merebus, kang tak masak2 la ubi korang hehe
letak air sampai tutup sume ubi tu. make sure dah lembut baru masukkan garam. Cara nak tau dah lembut? hah cucuk je dgn garpu okehhh
Cara hidangan:
1. Makan dengan kelapa putih yg digaul dengan garam/gula
2. Makan dengan gula pasir
3. Makan dengan brown sugar
siap masak, aku letak dalam bekas ni and bwk g opis, heaven gile rasanyeeeee
Paling oldskul; kalau kita makan dengan kelapa dan garam laa

Sesuai dimakan bila2 masa, breakfast bole, makan petang bole, buat dessert pon bole la bg aku hehe. Selamat mencuba!