Saturday, January 10, 2015

Cucur Sengkuang!

Assalamualaikum :)

Hola! Selamat hari sabtu hehe

Pagi2 ni bangun je, aku rs teringin sgt nak makan cucur sengkuang... kalau ingat balik sejarah cucur sengkuang ni kan...dari kecik mak aku suka buat cucur bawang, tp ade 1 hari tu, bawang besar habis, dan kebetulan ade sengkuang kat rumah. aku terfikir, cucur bawang sedap sebab "manis bawang besar". so kalau gantikan manis bawang besar dengan manis sengkuang mesti boleh kan...start dari hari tu sampai lah sekarang, aku dah terjatuh cinta ngn cucur sengkuang, sebab sedap la pulakkk

So, ya, lets jom, take a look at cara2 nak buat cucur nih :)

Bahan-bahan:
Sengkuang 1 mangkuk (parut)
Tepung gandum 4 cawan
Telur 2 biji
Garam secukup rasa
Air panas +- 1 cawan


Cara-cara:
1. Letakkan tepung, garam, telur, sengkuang dalam 1 bekas dan gaul rata
2. Tambah air panas sikit demi sedikit, kacau rata. Misi kita adalah untuk mendapatkan adunan yg sebati dan tidak terlalu pekat atau cair. sedang2 elok je
3. Goreng 

campo je sume bahan

gaul rata, masukkan air sikit2, jgn tuang sume, sbb? SBB mak aku aja mcm tu haha

bile korang try cedok dan tuang balik dalam bekas tu, adunan tidak terlalu pekat or cair hokehhh

goreng timeeee
Korang nk makan macam tu je pon boleh, nak cicah ngn sos pon boleh. tp kalau rajin sikit, boleh la try buat sos mcm aku nih. senang je ;)

Bahan-bahan untuk sos:
Cili merah 3 bijik blende
Sos cili 2 sudu besar
Sos tomato 1 sudu kecik
Gula 1/2 sudu kecik
Garam 1/2 sudu kecik
Air 1/2 cawan

Cara nak buat sos:
Campur semua bahan dan masak selama 2 minit

campo je sume k

DONE!
Selamat mencuba kepada yg suka makan cucur tp xpernah makan cucur sengkuang. Gerenti korang suka :)


Babaiiiiii :))






Sunday, September 21, 2014

Salad Brokoli Goreng VS Sotong Potato Goreng

Assalamualaikum :)

weekend ni apa plan korang? aku rasa macam malas nk keluar. rasa nk dok rmh je, rilek2 masak2 makan2 hehe

tuk menu makan tengah hari, aku rasa macam nak masak sotong. and of coz kene ada sayur. part pilih sayur, mesti dalam kepala hotak dah terbayang brokoli. tuk variety ingat nak tambah salad. tak pernah2 org goreng salad kan, tapi aku rasa nak buat kali ni haha

Bahan-bahan tuk Sotong Potato Goreng:
Sotong 10 ekor potong kecik-kecik
Ubi kentang 2 bijik potong panjang-panjang
Cili merah 1 tangkai hiris kecik
Bawang besar 1 bijik mayang
Bawang putih 3 ulas cincang
Garam secukup rasa

Cara-cara masak Sotong Potato Goreng:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih
2. Bila bawang dah wangi, masukkan ubi kentang, kalau nk cepat lembut; tutup kuali tu dalam 2 minit. Api tu sedang je, jgn kuat sangat
3. Bila ubi tu dah lembut masukkan sotong dan garam. gaul rata, jgn masak lama sgt nanti die liat. dalam 2,3 minit tu ok la. Kalau tak confident, amik 1 rasa hehe
4. Last skali masukkan cili, gaul rata dan dah bole makan

sedap gak aku masak haha

Bahan-bahan tuk Salad Brokoli Goreng:

Salad 1 pack potong ikut suka
Brokoli 1 labu potong ikut suka jugak
Bawang besar 1 biji mayang
Cili merah 1 tangkai hiris
Garam secukup rasa
Blackpepper agak2 sendiri
Air 1/2 cawan

Cara-cara masak Salad Brokoli Goreng:

1. Rebus/celur Brokoli kejap dalam 30 saat, letak tepi
2. Tumis bawang besar
3. Masukkan salad, tambah air, kacau
4. Masukkan brokoli yg dah celur tadi
5. Letak garam dan blackpepper
6. Last skali masukkan cili, gaul rata, dan hidang

 


brokoli dan salad, forever fave!
jom makan :)

Thursday, September 11, 2014

Brokoli Kacang Telur Masin!

Assalamualaikum guys!


apa menu korang tuk dinner hari ni? aku bila keje da siap, pastu dok diam tunggu pkl 6 tuk balik rumah ni mula la asik teringat makanan. pikir punya pikir, google punye google tuk cari idea lauk malam ni, tetiba teringat restoran shahrin low yg femes dgn sotong/udang goreng telur masin! disebabkan aku tak berapa suka udang, aku pikir nak gantikan udang dengan sayur kegemaran aku; brokoli. mebi macam pelik je, tp lantak la, nak try jugak haha

Bahan-bahan:

1. Brokoli 1bijik (rebus asing. kejap je rebus tu, dalam seminit)
2. Telur masin yg dah rebus 2 bijik
3. Kacang panjang 1/2 ikat
4. Bawang besar 1 bijik
5. Bawang putih 3 ulas cincang
6. Cili api 7 tangkai
7. Daun kari 1 tangkai (tuk kasi wangi la konon)
8. Black pepper kasar sikit
9. Planta / Minyak masak


ni la bahan-bahan yang diperlukan. sumenye simple, dan murah hehe

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih
2. Masukkan kacang panjang
3. Bila kacang panjang dah masak, masukkan cili api, black pepper, dan daun kari tu, kacau rata
4. Masukkan telur masin yg dah di cincang, amik yg kale kuning tu je tau
5. Masukkan brokoli yg kita dah rebus asing. kacau rata dan dah bole makan


cincang bahagian kuning telur masin sahaja. yang putih tu kasi la sesapa yg nak makan


rupanya selepas masak. inilah resepi suka hati aku haha
Feedback dari family aku:

1. Abah - makan dan diam (diam tu tanda suka kan)
2. Mama - "macam tak sesuai je brokoli campo telur masin" (yela mak aku kan master chef haha)
3. Adik, Nurul - "kenapa macam rasa telur masin dalam brokoli ni?" (soalan dia ni macam mintak penampo)
4. Adik, Ana - "boleh makan ni, boleh makan" (ni ayat perli ke ape pon xtau la, tp dia makan byk jugak)

Aku pulak makan, dan aku rasa sedap je, hahahaha

Wednesday, September 3, 2014

Oldskool Breakfast; Ubi Kayu Rebus!

Assalamualaikum sume :)

Just nak share pasal breaskfast aku hari ni hehe

Semalam time shopping groceries, ternampak ubi kayu, and terus rasa nak makan. Maka aku pon beli, sampai rmh dalam pukul 11 malam, terus kupas kulit dan rebus. bukan apa, kalau esk pagi terbangun lambat ke kan, tak de la kempunan nak makan pg esk. dalam kepala pon da plan nak bawak bekal.

nak dijadikan cerita mmg aku terbangun lambat pon. selalu keluar g opis pkl 7.30, tp pagi ni aku terbangun pkl 7.30! nasib baik smlmnye dah masak, so pg ni dpt la bawak bekal. sibuk2 pack, baru teringat kelapa dalam freezer, beku! dah tu makan je la ngan brown sugar. sedap jugak. yg penting dapat makan, hehe

bg yg tak pernah makan ubi kayu rebus ni, aku sangat sarankan korang try. sedap weiii

nak masak pon senang. paling best makan time petang2 sebenarnya. dok depan rumah, kena angin sepoi2 fuuhhh nyaman...

Bahan-bahan:
Ubi kayu
Air
Garam
inilah ubi kayu yg sudah siap dikupas kulitnya. aku beli banyak ni kat NSK Wangsa Maju, RM1.99 je hehe
Cara-cara:
Rebus sehingga empuk, bila dah lembut barulah letak garam. Ye la nama pon ubi kayu, mmg keras macam kayu. time rebus tu kalau keras, kita letak garam pon die xkan serap. bila da lembut, kita letak garam, barulah die serap dan rasa sedap.

p/s: jangan lupa tutup periuk semasa merebus, kang tak masak2 la ubi korang hehe
letak air sampai tutup sume ubi tu. make sure dah lembut baru masukkan garam. Cara nak tau dah lembut? hah cucuk je dgn garpu okehhh
Cara hidangan:
1. Makan dengan kelapa putih yg digaul dengan garam/gula
2. Makan dengan gula pasir
3. Makan dengan brown sugar
siap masak, aku letak dalam bekas ni and bwk g opis, heaven gile rasanyeeeee
Paling oldskul; kalau kita makan dengan kelapa dan garam laa

Sesuai dimakan bila2 masa, breakfast bole, makan petang bole, buat dessert pon bole la bg aku hehe. Selamat mencuba!

Tuesday, August 26, 2014

Sardine Roll, faveret waktu petang!

Assalamualaikum dan; selamat petang guys!
Petang2 ni rasa lapar la pulak, nak keluar beli makanan malas, nak masak pulak kalau boleh nak yang simple2 je, yang senang dan cepat! Ha ah mmg aku cuma suka masak benda yang senang dan cepat je! haha!


Aku g dapo tgk ape yg ada, terpandang 1 tin sardin dekat dalam almari dapo tu...kebetulan roti pon ada, so, yahhhh kita buatlah sardine roll!

Bahan-bahan:
Sardin 1 tin
Roti 1 buku
Bawang besar 1 biji
Cili 1 tangkai
Limau nipis 1/2 bj
Kicap 4 sudu besar 


Korang nak gunakan sardine jenis ape pon terpulanglah pada selera masing2, kalau aku mmg suka 2 jenama je, Ayam Brand dengan King Cup. Kalau nk makan dengan nasik mmg beli Ayam Brand sebab ikan dia besar (tapi kuah dia tak banyak sangat), King Cup pulak aku cuma suka untuk buat sandwich atau sardine roll. King Cup punya ikan kecik sikit, kuah banyak dari Ayam Brand, tapi yg penting sedap la jugak.


Resepi masak sardin aku ni tak pedas, kalau korang suka pedas, letak la cili api sikit. Limau nipis tu aku guna untuk hilangkan bau dan rasa hanyir ikan sardin. kalau xde limau nipis, guna la limau kasturi sebijik, ok jugak. Kicap tu pulak penambah rasa. Bagi aku mmg ada beza sgt kalau tak letak kicap. Bila letak kicap ni rasa dia lebih kick la! hehe (kicap pulak aku suka kicap jenama Mudim, selalu beli stock kat Aloq Staq, kalau kat KL tak pernah jumpa)
Inilah bahan2 yang aku gunakan untuk masak sardin. Telur je xde dalam pic
 Cara-cara masak sardin:
1. Asingkan isi sardin dengan kuahnya
2. Perah limau nipis ke dalam kuah sardin tu
3. Bila kuali dah panas, gorengkan ikan sardin, minyak jgn banyak sangat
4. Bila ikan sardin tu dah selesai goreng, tak perlu angkat, terus masukkan kuah sardin ke dalam kuali
5. Masukkan cili, bawang besar yg dicincang, dan kicap
6. Lepas 5 minit tutup api dan hancurkan ikan dan gaul rata bersama kuah

Memang aku suka masak dulu sardin macam tu sebelum jadikan sandwich atau pun sardin roll. bila da selesai masak boleh la gulung dalam roti.
da siap gulung sardin dalam roti, tinggal nak celup dalam telur and goreng :)
Cara-cara jadikan sardin roll:
1. Canai roti tu guna gelas atau tekan je dengan tangan supaya jadi leper, senang nak gulung
2. Letak sardine yg dah masak tadi atas roti dan gulung
3. Celup dalam telur dan gorengkan
biasanya mmg aku guna kuali besar & goreng tiga3 je sbb xnk letak minyak/planta lebih
Dah siapppp, mmg senang dan yg pasti sodappp :)

p/s: Masa yg diambil cuma 30 minit sahaja
Kale mcm tu bukan hangit, garing je hehe
Selamat mencuba u olss :)


Tuesday, August 12, 2014

Makan timeeee!

Assalamualaikum! Happy Wednesday guys :)
Hari ni 'hari gembira' aku sebab sume keje dah siap before lunch hour! haha.. so bila keje dah settle, apa lgi, mesti la pikir lunch nt nak makan ape kan hehe. Aku keje kat area Kota Damansara, so ape je yg best and mudah tuk aku makan bila tiba time lunch ni? Nak g The Curve? Hari Jumaat bole la, rehat lama sikit, kalau hari biasa tak boleh, jemmmm! Hmm Sec 6? Kalau makan nasi berlauk ok la kat situ.... Aman Suria? haha lagi la tak! lunch hour da la sejam je.. so pusing2 yg paling convenience adalah Giant! ahhaaa muka aku ni pon mesti staff2 kat sana dah kenal, bila tak tau nak makan apa, xtau nak makan kat mana je, mesti aku g giant niii, senang, dalam Hypermarket ni pon banyak restoran.

So bila masuk Giant Kota Damansara, ada banyak (banyak xbanyak la, bole laaa) pilihan, tuk buat pilihan, biasanya ikut tekak la.. kalau rasa nak western, ada Wendy's, Kenny Rogers, Canadian Pizza....kalau nak makan nasik biasanya aku masuk KWEMWE Cafe, kat sini ada jugak cakes, pastries, cookies & bottled pickles. Lempeng die pon sodapppp. Ada gak beberapa restoran yg aku masuk ikut kawan, biasanya kalau masuk KFC, Rasamas, JM Briani, ngan The Chicken Rice Shop, tu maknanya ikut kawan heheh. yg ak tak penah masuk try Farmosan Kuih Muih dgn The Kanteen (Mini Hot Pot, Soupy meal, Porridge and Beverage), sebab? hmmm sebab aku pon tak tau la, mebi sebab kwn2 aku pon tak nak masuk kot haha. 

hari ni aku rasa mcm tak nak makan nasik, western pon tak nak. Mebi mee! Kalau cite pasal mee, aku slalu makan mee rebus dekat Kafe Avenue, seriously terbaekkkk. Penah try mee rebus dekat Mr Cendol, tapi xsebest yg dekat Kafe Avenue punyeee. 2 hari lepas baru makan, takkan nak makan mee rebus lagi kan...so aku amik keputusan tuk makan dekat Noodle Station je. Senang, nama kedai pon noodle, banyak jenis noodle aku bole pilih nanti..dan dalam banyak2 pilihan tu, aku selalunya akan order Springy Noodle With Chicken Delight Roll jugak! haha sebab tu yg plg menepati cita rasa aku. Air? selalu minum iced lemon tea, tp hari ni saja tuka Iced Vanilla dan ternyata tak sia2! sedap weiiii.
Springy Noodle With Chicken Delight Roll
Iced Vanilla
Lepas kenyang, masa untuk balik ke opis..turun je dari tingkat 1 mmg akn lalu J Co Donuts & Coffee, setiap kali lalu je sini mesti rasa nak beli hahah. bengong punye perut, asal lalu sini mst rs ada space lagi.so bila rasa nak beli tu, aku cuba utk lalaikan diri sendiri, kalau berjaya alhamdulillah, klu tak berjaya, kua la RM14 beli frappucino 1 hahha. Restoran lain yg bagi aku best jugak tuk lepak dalam giant KD ni ialah Secret Recipe, sbb aku suka makan kek and spaghetti bolognese kat sini.

Alamat: Giant Kota Damansara Noodle Station F58 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor ‎  

Hv a nice day guys!

Monday, May 12, 2014

Bihun Singapore. Simple, cepat, dan SEDAP!

Selamat petang u ols! bila hujan petang-petang ni mmg cepat je rasa lapar kan? pagi tadi aku breakfast sebotol besar (800ml) air yogurt perisa strawberry dengan roti gardenia berinti sambal ikan bilis. Lunch cuma makan Twiggies coklat. sekarang ni pukul 4.12 petang dan aku da mula lapar balik, and of coz la mula terfikir; balik keje ni nak makan apa. Biasanya mmg mak aku akan masak nasik dan 2,3 jenis lauk tapi hari ni mak aku balik lambat, dia dah pesan "kalau nak makan, beli siap2 time balik keje tau". Beli? mak aku ni bajet anak dia malas masak la tu. Memang aku malas pun kadang2 mmg malas, tapi hari ni aku rasa rajin sikit. Tapi kan, dalam kerajinan aku nak masak tu, aku nak masak sesuatu yang cepat, senang, dan yang penting sedap! bila fikir benda yang simple dan sedap ni terus aku terfikirkan bihun singapore! dekat rumah mmg sentiasa ada stock bihun pun, bahan2 nak dimasukkan dalam bihun tu pon selalu ada je, so senang, balik ni tak perlu singgah kedai mana2, just balik rumah and bole terus masak!

Aku yakin rata2 orang mesti tau masak bihun singapore punya, tp aku tetap nak share dekat sini cara aku masak bihun singapore yang aku anggap sangat simple. Bahan2 yang digunakan pon sikit, mudah dapat, dan murah.

Bahan-bahan:

1 pack bihun Jasmine
1 ikat sayur sawi
1 batang lobak merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji cili api hijau
10 sachet black pepper mekdi 
Minyak dan garam

Mudah je kan bahan2nya? cuma ada 7 barang dan semuanya mudah didapati. bab black pepper mekdi tu, of coz korang boleh guna ape saja jenis serbuk black pepper, cuma aku ni mmg suka sangat dengan blck pepper mekdi. Aku da cari kat kedai 'texture' dan rasa yang sama dgn black pepper mekdi, tetapi gagal. maka setiap kali aku g makan kat mekdi, aku akan amik 2 genggam penuh sachet2 kecik tu dan bawak balik letak dalam 1 balang kecik. So apa2 masakan yang memerlukan black pepper, aku dah xde masalah hehe. Lagi satu cili api tu kalau boleh guna yang kale hijau supaya kale merah tidak kelihatan dlm bihun singapore tu. Bagi aku kalau bihun singapore, kalenya harus putih, variasi kale lain yang boleh ade dlm tu cuma hitam (black pepper), hijau dan oren (sayur) itu cita rasa aku la. kalau korang nak inovasikan, terpulang :)

inilah bahan2 nak buat bihun singapore (roti yg terselit kat belakang tu tak de kene mengena ye hehe)
Cara-cara:

i. Blende bawang besar, bawang putih, dan cili api hijau. Letak tepi.
ii. Rendam bihun. Letak tepi.
iii. Potong halus lobak dan sayur sawi termasuk batangnya. Letak tepi.

1. Masukkan 4 sudu besar minyak masak dan tumis bahan2 yang telah diblende tadi.

2. Kalau nak cepat bukak je api besar, tapi korang jangan tinggal pegi tengok tv pulak. Agak2 dah naik bau tu, masukkan lobak dan batang sayur sawi.

3. Masukkan garam secukup rasa dan black pepper.

4. Bila lobak dan batang sawi tadi dah agak masak, masukkan bihun. Make sure bihun tu dah betul2 lembut. Kalau tak lembut korang kene tunggu lama pulak nak lembutkannya dalam kuali. Cara paling cepat nak lembutkan bihun tu guna air panas. Tapi bila dah guna air panas ni kena hati2, jangan sampai terlebih lembut pulak. Agak2 sendiri la ye.

5. Masukkan daun sawi. Kacau rata. Siap dimakan.

tadaaaa, kurang 30 minit dah siap!
Inilah resepi simple aku. kalau korang nak masukkan ayam ke udang, boleh masukkan dalam step kedua tau. macam aku ni sebolehnya nak cepat dan simple. so bila dah siap bihun tu, aku just goreng telo mata untuk tambahan, itu pun ikut mood, kalau tak rasa macam nak makan telo, aku akan makan bihun tu begitu saja. Itulah selera simple aku, yang penting tak pedas sangat. So guys, selamat mencuba!