Wednesday, March 12, 2014

Cheese Cream Cracker dah jadi one of my FAVE dessert!

Salam, selamat petangggg :)
Sekejap je rasanya hari ni berlalu... da pukul 4.10 petang. mebi sebab bos tak de kat opis hari ni, tu yang rasa heaven gila. nak buat keje apa pon langsung tak rasa stress hehe, ye la tak de orang dok lalu lalang macam jerung memerhati apa yang sedang kita lakukan huhu

oleh kerana kurang 2 jam dari sekarang aku akan balik rumah, skg otak ni ligat memikirkan, nak makan ape malam ni? Nak makan nasik? no no no, skg mmg tgh misi mengurangkan makan nasik, bukannya apa, kalau aku makan nasik mmg tak ade istilah makan 1 pinggan! makan pon skg before pukul 8 malam, kengkonon nak jaga badan la kan, aku ni dah la senang gemok, bila da gemok ssh pulak nk kurus balik...

tetiba terfikirkan cheese cream cracker! 1 dessert yg bagi aku quite pelik masa mula-mula dengar. yela kita guna biskut hup seng yg petak tu buat dessert, bia betul? sedap ke? mmg la biskut tu sedap, tapi kalau buat dessert, sedap? oleh kerana naluri nak mencuba tu begitu kuat, ditambah pulak ade 1 hari tu budak opis bawak, aku pon rasa...dan mmg rasa sedap, aku pon trs mintak resepi. setelah mencuba buat kali pertama, dan tentunya berjaya, maka tentulah disusuli dengan kali kedua, ketiga, dan keempat! sodapppp wei, korang kene cuba! dah la senang je nak buat, sedap pulak tu, confirm tak menyesal punya!

Nindiaaa aku kasi korang resepi yang budak opis kasi, tapi aku tambah 1 lagi bahan, iaitu whipping cream. pepandai tambah sendiri, aku suggest kat korang sebab bile tambah whipping cream, rasanya bertambah sedap!

Bahan-bahan :

1.Hup Seng Cream Cracker = 1 packet
2.Cream Cheese = 1 pack
3.Susu Segar (low fat / full cream) = 1L
4.Susu Pekat Manis = 1 tin
5.Whipping Cream = 1 kotak
6.Chocolate Syrup / Blueberry Jam / Strawberry Jam = 1 botol kecik
7.Coklat Urai (Chocolate rice) = untuk hiasan

Cara-cara :

i. pukul cream cheese dengan whipping cream sampai gebu. kalau korang nak bajet duit, tak yah la guna whipping cream, guna je susu segar tu, letak dalam 3/4 cawan susu segar ok. dah pukul letak sebelah. skg amik bekas untuk susun biskut tuk proses buat dessert korang.

1. Rendam/celup biskut hup seng tu satu2, lepas tu susun, buat satu lapisan. ade orang just celup. Aku suka rendam dalam 20 saat. kalau celup, dessert yg da siap akan quite ranggup, aku tak suka ranggup, aku suka yang lembut, so, kalau korang suka lembut, rendam la macam aku hokeyyy :)

2. Lepas susun biskut 1 layer, tuang dan ratakan susu pekat manis

3. Bila susu pekat manis dah rata, letak pulak cream cheese yang korang da pukul tadi. ratakan. lagi banyak cream cheese, lagi sedap!

4. Da ratakan cream cheese, tuangkan pulak choco syrup atau jem kegemaran korang. ini adalah pilihan. kalau korang tak nak letak pon tak pe.

5. Ulang langkah no 1 sampai 4. kira berlapis-lapis macam lasagna la :)

6. Last sekali mesti tutup dengan cream cheese dan taburkan choco rice tuk nampak lebih menyelerakan. Dan sekarang korang boleh la letak dalam peti sejuk selama 5-8 jam. bila dah cukup sejuk, sila la makan, jangan malu-malu, korang jugak yang buat tadi kan hahah

Selamat mencuba guys!

inilah cheese cream cracker yang menjadi fav dessert aku sekarang hehe